Mamangkis laungan untuk kebebasan beragama oleh orang-orang Asal Kristian di Sabah

PAN
Perpaduan Anak Negeri Sabah
P. O. Box 423
89507 Penampang
Telefon: 0138666575

Mamangkis laungan untuk kebebasan beragama oleh orang-orang Asal Kristian di Sabah

Hari ini, kita merayakan penyudahan Tahun Yobel. Dengan hati yang bersyukur kami mengakui kebaikan Tuhan selama 50 tahun semenjak Sabah bersekutu dengan Malaya, Sarawak dan Singapura (dahulunya) untuk membentuk sebuah Negara yang baru yang dinamakan Malaysia.

Kami bersukacita dengan laungan mamangkis, perisytiharan kemenangan orang asal Sabah di dalam nama Tuhan dan Juruselamat kami Yesus Kristus. Hanya kepada Dia kami memberikan segala kemuliaan, dan penghormatan, serta sembah kami. Sekarang mari kita melaungkan mamangkis; seperti mana yang nenek moyang kita pernah lakukan. Sekali lagi kami katakan, biar anak negeri di Sabah melaungkan mamangkis sekarang!

Lima puluh tahun adalah masa yang lama tetapi ia masih segar di dalam ingatan kami syarat-syarat yang telah kami persetujui untuk menjadi sebahagian daripada sebuah Negara yang baru dan lebih besar. Tetapi kami telah dikhianati. Tidak ada pengkhianatan yang lebih besar daripada dikhianati oleh seseorang di dalam keluarga.

Kami meminta Perdana Menteri Najib Razak untuk menarik balik fahaman pelampau di dalam Umno dan di dalam pertubuhan Islam. Dia boleh memilih untuk menjadi seorang negarawan ataupun seorang jaguh kampung. Dia tidak boleh menjadi kedua-duanya sekali.

Di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, sebagai orang-orang asal, kami menikmati perlindungan dan layanan istimewa sebagaimana orang-orang Melayu di semenanjung. Ini telah dijanjikan kepada kami. Kami menaruh harapan kerajaan yang dilantik oleh rakyat untuk menghormati janji-janji itu.

Namun pada hari ini, kami adalah lebih teruk daripada warganegara kelas kedua, pendatang-pendatang asing dan orang-orang asing di tanah kami sendiri, kami telah diketepikan oleh rakyat asing. Kebanyakkan penceroboh-penceroboh haram ini telah menyelinap masuk ke tanah kami apabila mereka yang berkuasa menutup kedua-dua mata mereka sejak waktu Tunku Abdul Rahman lagi, Perdana Menteri kita yang pertama, semasa Sabah dibawah perintah Tun Mustapha. Sehingga hari ini, ia belum berhenti.

Hari ini kami adalah satu bangsa tertindas yang hidup di bawah syarat-syarat apartheid yang mengerikan. Malahan Mufti Negeri dengan lancang memanggil pemilik-pemilik sebenar tanah ini, orang-orang kadazandusun sebagai satu bangsa yang direka. Dia seharusnya dipecat kerana kenyataan-kenyataan perkauman sedemikian namun dia masih kekal di dalam kedudukannya. Ini seperti menampakkkan bahawa dia menikmati perlindungan daripada Kerajaan Pusat .

Hari ini, kami telah benar-benar kehilangan kebebasan yang telah diberikan oleh Tuhan. Kami tidak dibenarkan pun untuk memanggil Tuhan kami Allah di dalam ucapan doa kami. Lebih teruk lagi, kami malah tidak dibenarkan untuk mengajar anak-anak kami dan anak-anak mereka tentang Tuhan, yang mereka kenali sebagai Allah, pencipta bumi yang maha besar dan segala isinya.

Syarat yang telah menjadi kunci kepada penyertaan di dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963 ialah bahawa Sabah akan terus mengamalkan kebebasan beragama yang menyeluruh. Ini telah dipersetujui oleh Malaya, yanag dikenali sekarang sebagai Semenanjung Malaysia ataupun Malaysia Barat.

Pada 27 Sep 1973, selepas sepuluh tahun dan sepuluh hari, Perlembagaan Sabah telah diubah kepada: “Islam adalah agama rasmi negeri; Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negeri.”

Kenyataan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan sesungguhnya adalah satu penipuan. Sudah bertahun-tahun lamanya Gereja orang-orang asal di Sabah dan Malaysia telah secara berterusan dan secara sistematik dianiayai oleh kedua-dua Kerajaan Pusat dan negeri.

Pada penghujung tahun 1981, lapan belas tahun selepas pembentukan Malaysia, Alkitab bahasa Malaysia telah diharamkan oleh Kerajaan Persekutuan. Pengharaman itu, masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini namun di dalam bentuk yang terhad. Di Sarawak, Bup Kudus, Kitab Suci Iban juga diharamkam pada tahun 2003 namun ia kemudiannya telah dibatalkan.

Pada tahun 1992, Enakmen Pentadiran Undang Undang Islam Sabah telah diluluskan. Ia sepatutnya adalah untuk orang-orang Muslim saja tetapi pada tahun 2003 satu warta negeri telah menyenaraikan 31 perkataan dimana ianya dilarang digunakan oleh orang-orang bukan Islam; perkataan ‘Allah’ adalah satu daripadanya. Satu lagi perkataan adalah ‘Injil’. Ini bermaksud Sidang Injil Borneo Sabah, gereja orang orang asal di sabah tidak boleh lagi wujud sebagai satu entiti yang sah kerana perkataan ini terdapat di dalam namanya yang telah didaftarkan.

Sejak masa Tunku dan Tun Mustapha, terdapat pengislaman secara besar-besaran orang-orang asal beragama Kristian. Kami tidak ada apa-apa masalah terhadap Islam jika ianya diterima secara rela. Tetapi kami mengecam pengislaman yang telah dilakukan melalui penipuan, ugutan, atau rasuah.

Hari ini, penganiayaian dan pengislaman yang salah seperti itu masih lagi berleluasa bahkan sehingga kad pengenalan ataupun MyKad orang-orang asal beragama Kristian telah dikompromi oleh JPN dengan menukarkan status agama mereka kepada Islam. Anak-anak kami telah secara sistematik diislamkan di sekolah-sekolah dan asrama-asrama dan juga di tadika-tadika dan kanak-kanak di pusat-pusat penjagaan.

Namun masih ada harapan. Tahun Yobel di dalam Alkitab adalah masa dimana umat-umat Allah telah mengalami pelucutan tanah dan warisan mereka tetapi pada masa yang sama terdapat suatu pengharapan dan pembebasan yang terbuka. Pengharapan Yobel.

Kami telah sampai kepada penghujung Tahun Yobel. Tetapi pengharapan kami masih berterusan. Lima puluh tahun adalah masa yang lama untuk ditindas. Mamangkiis membawa dua maksud kepada nenek moyang kami, iaitu laungan kemenangan atau laungan berperang.

Hari ini, kami katakan ia adalah masa untuk melaungkan laungan perang. Adakah kamu bersedia? Sekali lagi kami katakan, adakah kamu bersedia?

Sebelum kita melakukan mamangkis, ingatlah bahawa kita masuk ke dalam peperangan rohani di dalam nama Tuhan kita dan kita akan muncul dan menang di dalam satu lagi mamangkis di dalam nama Tuhan kita. Kemenangan adalah milik Dia sahaja. Peperangan yang dari Tuhan dan untuk Tuhan bukanlah di dalam kedagingan. Ia adalah satu panggilan untuk kembali kepada keadilan dan kebenaran, dan yang paling penting kekudusan kerana Allah kita adalah Allah yang Kudus.

Hari ini, kalau kamu mendengar suara Tuhan, kita perlu membuat keputusan sendiri seperti mana Yosua memperingatkan kita: “Tetapi mungkin kamu tidak akan sanggup mengabdi kepada Tuhan. Dia Allah yang suci, dan Dia tidak akan mengampunkan dosa kamu. Dia tidak mahu ada saingan.” (Yosua 24:19 BM )

Hari ini, adakah kita bersedia untuk mamangkis dengan laungan perang? Kalau ya, mari kita asingkan dirinya kepada Tuhan kita, Tuhan yang Kudus. Esok, kita akan membawa mamangkis ke pendalaman (mamangkis masuk kampung ) bermula dengan Ranau.

“Orang yang menyiapkan kuda untuk berperang, tetapi Tuhan yang memberikan kemenangan.” (Amsal 21:31 BM)

Mari kita mamangkis! Oooo….kiii…..hoiii

Kenyataan dikeluarkan pada 28 Dis 2013 di Penampang oleh Perpaduan Anak negeri (PAN) Sabah. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Esther Golingi
Pengurusi, PAN Sabah
HP 013 866 6575